13 October, 2012

Hostel Kena Pecah Masuk

hari yang gila waktu praktikal dulu. tak tau nak cerita macam mana. pintu dah kunci tapi dek nama perompak mesti ada akal nak bukak pintu.

Masa ni time praktikal di Kuantan. Memang akan ingat sampai bila-bila le..

Kejadian jam 4 pagi, waktu tengah enak dibuai mimpi2 indah. Ermm, rasa nya tak ingat dah mimpi apa, bangun2 je dah kene serang. Perompak berdua dan memegang pedang pendek.

Suasana jadi tegang la masa tu, kitorang memang tak melawan dan bagi je apa perompak tu nak. Dengan member ade yang sibuk mencari henfon, ada yang menjerit2, ada yang diam terkaku sebab terkejut (saya lah tu). Baru bangun tido kot, dengar orang jerit2 terus bangun. Yang nak dijadikan cerita, walaupun barang semua dia dah pulun, still jugak nak tetak2 tangan orang ni. Pastu barang2 leh lah tinggalkan. Ish3x..

Dimasuk kan ke wad kecemasan di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan. Daftar masuk jam 4.30pg, masuk wad ortopedix jam 9.00pg, operation jam 12.00 tgh hari. Sepanjang 7 jam lebih luka yg besar tu menunggu utk di jahit. Huhuhu.. Apa pun, kecederaan tak serius mana, cuma urat dan otot tendon terkoyak dan perlu dijahit. Pembedahan ambil masa 2 jam je.

Dan sekarang masih lagi berparut. Tak pe lah buat kenangan. Huhu.

p/s: nak scan report polis xde scanner pulok.. hehe bila la blog ni nak bg income ni, leh la beli scanner.. hahaha
p/ss: luka sepanjang 3 inch, dalam 4cm .. sib bek byk lemak.

bersepah skit le nama pun bujang (hostel)
member kat atas ni hampir ditetak gak, sempat dia elak.

belah sana sini semua terpalit. macam air

dah 3 hari dok hospital, mcm ni la


pakai ni untuk dua bulan
water drip biasa-biasa je

Ni bahagian bawah lengan

jahitan bahagian atas lengan

5 comments:

  1. Hish.... takutnya......ngeri tu banyaknya jahitan.... nampak kurus je lengan tu heeee....

    Alhamdulillah.....dah tinggal parut aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lengan nampak la mcm kecik,, tang perut je kak ade spare tyre.. hehe ,, a'a, skarang parut je tinggal..

      Delete
  2. salam '
    Pekabar abiwan?
    Berrsantai sejenak di blog abiwan.bolehkan?

    ReplyDelete
  3. ishh, bahayalah kalau duk umah sewa nih. drg macam dah tahu tau bila nak attack. musti da lama usha nih...sian ngn abi..

    ReplyDelete
  4. Shoutbox tak leh guna...lama beno nak nak loading....hu..hu problem ghupenya.... amacam tempat baru... bz sungguh nampak.....sampai tak sempat nak update ke tak de line ??? heee...hee

    ReplyDelete

What do you think about this?