16 July, 2011

Blogwalking Naik Trafik Blog


Sejak empat lima menjak ni, saya lebih gemar untuk blogwalking ke belog belog kawan. Apabila perasaan untuk menulis blog semakin berkurang macam saya, blogwalking adalah cara paling senang dan mungkin ia dikelaskan sebagai tahap permulaan untuk newbie mencari traffic.


Mengikut pengalaman saya sendiri, blogwalking adalah cara sangat mudah dan senang untuk mendapatakan traffic yang pernah saya lakukan. ‘Blogwalking‘ adalah istilah yang sering digunakan oleh beloger semasa meninggalkan jejak di shoutbox blog lain atau dengan cara meninggalkan komen di setiap entri blog yang dilawatinya. Tetapi perlu ingat, setiap komen anda hendaklah bersesuaian dengan entri tersebut dan pendapat anda diperlukan.


Untuk mereka yang pertama kali melawat sesebuah belog dengan hanya meninggalkan jejak di shoutbox seperti ‘singgah sini dan salam kenal. blog ini sangat menarik’ tidak cukup menarik untuk pemilik belog tersebut membalas lawatan anda. Apa yang perlu anda buat adalah sekurang kurangnya meninggalkan komen pada entri terbaru belog tersebut dan komen anda hendaklah bersesuaian dengan isinya. Saya percaya setiap belog mempunyai widget komentator paling top sebagai contoh, ini dapat menambahkan peluang untuk orang lain yang melawat belog tersebut untuk view siapa anda sekiranya anda termasuk dalam list tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat traffic.



Bilakah masa yang sesuai untuk blogwalking?



Ini adalah berdasarakan pengalaman saya, saya akan ber’blogwalking’ ke belog yang sentiasa berupdate.Saya juga akan membalas jejak dishoutbox yang paling terbaru. Ini bermakna orang yang melawat belog anda tadi menunjukkan yang dia sedang online.


Masa yang sesuai yang sering saya luangkan untuk ber’blogwalking’ adalah pada waktu malam. Pada masa ini, kebanyakan orang akan merehatkan badan sambil online selepas seharian penat bekerja. Pada masa juga ini ramai beloger yang upadate belog masing masing. Selain itu, waktu pagi adalah waktu yang sesuai juga untuk blogwalking. Mereka yang masuk kerja awal dan sebelum memulakan kerja sudah pasti mereka akan mengambil peluang untuk online dan berbelog.



Berapa lama masa yang perlu diambil untuk blogwalking?



Saya akan meluangkan masa selama lima jam sehari untuk blogwalking. Lima jam di sini tidak bermakna ia perlu dilakukan secara berterusan. Lima jam yang saya luangkan adalah seperti yang saya nyatakan di atas mengikut masa yang sesuai. Cara ini adalah berkesan untuk newbie macam saya.



Apa kelebihan blogwalking?



Yang pasti kita akan mendapat traffic melalui blogwalking. Disamping itu juga,


Banyak informasi yang akan diperolehi
1. Tahu akan perkembangan semasa yang berlaku tidak kira dalam atau luar negara
2. Kita juga akan didedahkan dengan pelbagai cara penulisan
3. Dapat berkenalan dengan ramai beloger tidak kira yang lama ataupun beloger baru


Tetapi untuk mendapatkan traffic yang mantap, blogwalking tidak mencukupi. Berikut adalah antara cara lain yang saya lakukan dan anda juga mugkin pernah lakukan.




Link exchange – Cukup senang dan mudah. Anda hanya perlu bertukar link dengan beloger lain


Promote belog di facebook – Sekarang facebook banyak menyediakan social plugin seperti facebook fan page dan networkedblogs

Banner exchange – Cara ini seperti link exchange tetapi lebih menarik dengan banner yang bermacam macam bentuk dan warna


Promote link di youtube – Cara ini juga sangat bagus bagi mereka yang suka upload video di youtube dan meletakkan link blog di video tersebut


Aktif di forum – Bagi mereka yang kaki forum, gunakan peluang ini untuk meningkatkan traffic belog dengan banner dan signature yang menarik


Spam- Ini adalah cara yang paling extreme dan boleh membuatkan tidur anda tidak lena dengan cara promote link di topik forum, wall facebook kawan kawan , di YM dan banyak lagi.


Senarai di atas adalah beberapa cara dan tips untuk menaikkan traffic belog. Mungkin anda ada cara yang lain selain apa yang saya senaraikan di atas. Kalau ada bolehlah berkongsi dengan beloger beloger baru macam saya untuk kebaikan bersama. Hehe!

No comments:

Post a Comment

What do you think about this?