14 July, 2011

Coretan : Aku Juga Pasti Boleh



  1. Hari ni aku pergi kerja kol 8 pagi. Perghhh, memang awal lah, padahal booth expo ni bukak kol 10 pagi. Anyway, aku pergi aje lah, sebab dah tak de transport, senang gi keje sekali dgn mak nak gi opis. Tup tup, sekonyong-konyong aku sampai kat tempat keje, nampak lah aku bos 'kesayangan' aku ni nynyak tidur. Nak kejutkan dari tidur tapi tak sanggup pulak. Iya lah, penat lah kot keje kat expo ni. Eleh, tapi aku berjaya harungi 11 hari kerja 24/7 kat booth expo ni, relax jer.
  2. Hari ni dah masuk hari ke-14 aku kerja. Rasa nak berhenti pun ada, bukan sebab penat, tapi terlampau bosan. Al-maklumlah, kedai bukak awal pun bukan ada pelanggan datang. Yang ada pun budak-budak sekolah datang nak tengok jam tangan G-Shock tak berapa ori dan beberapa lagi gadget yang menjadi kegilaan budak-budak sekolah masa kini. Phewwww, hilang lah sikit bosan dengan karenah bebudak. Hehehe ...
  3. Aku kerja kat booth ni seorang je, semua aku kene buat sorang, walaupun bertemankan bos aku yang umur nya baru mencecah 30an. Muda lagi, tapi dah ada 3 kedai. Antaranya adalah kedai pelekat (sticker dan print baju), kedai runcit dan kedai pakaian. hebat. Memang respek aku kat mamat ni. Umur masih muda tapi dah kira berjaya dalam perniagaan. Merupakan anak bongsu. Adik-beradik beliau yang lain pun memang mencebur diri masing-masing dalam bidang perniagaan jugak. Kira keluarga bisnes walaupun secara kecil-kecilan.
  4. Nak dijadikan kisah, sekadar entri untuk hari ini (tak sure la siapa yg baca kan, tp tak pe lah) sewa tapak booth ni baru RM1,300 untuk 24 hari di expo ini. Expo ini diadakan sempena Pesta Durian yang bakal diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011 ini. Orite, cerita durian dalam entri yang lain ok. Sewa tapak baru sahaja RM1,300 dan jualan untuk sehari ada yang mencecah RM1,000+. Jadi agak berbaloi lah kalau sehari dah dapat bayar sewa. Jadi lebih kurang tinggal 23 hari untuk kaut untung. Memang untung berniaga expo ni. Aku kira2 sendiri boleh untung dalam 3 kali ganda. Sebagai contoh, sehelai baju berjenama dengan kos cuma RM8 sehelai dan boleh dijual dengan harga RM20 sehelai. Ada seluar jeans, spek mata dan macam2 lagi lah dijual di expo ni.
  5. Bos pernah cakap, "kau anggap je ni semua pengalaman, nanti bila kau ada pekerja sendiri kau dah tahu". Yup, tapi sori bos dulu aku tak fikir mcm tu. Tapi hari demi hari memang aku hargai semua ni. Memang satu pengalaman berharga. Hey, aku tidur kat booth ni kot. Perghhh, balik rumah untuk mandi je. Makan tido suma di booth ni. Agak psiko gak lah keje kat sini sorang2.
  6. Hehehe, tapi aku kenal ramai orang kat sini. Booth di bahagian kanan ni ada pekerja dari Tanah Merah, Kelantan. Smart budak nya, umur baru 21 tahun. Kami sering juga berborak2, dan sempat aku bertanya kenapa tak sambung belajar. Selamba dia menajwab sebab tak boleh nak fokus lagi kepada pelajaran, lebih baik dia bekerja. Umur masih muda lagi tapi dah mula pikul tanggungjawab, sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Dia lagi otai, dah 4 bulan ikut expo2 ni dengan bos nya yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Macam mana la dia leh tahan dengan tidur, makan, mandi, solat kat booth je. Memang hidup gamble mengembara lah.
    KALAU DIA BOLEH, KENAPA TIDAK AKU?
  • Di booth kiri pulak kenal sorang mamat ni dari Tangkak. Dia dah betahun dah kerja ikut bos dia ke expo2 ni. Lagi lah otai. Umur muda lagi dari aku. Hmmmm, bila difikirkan, syukur aku masih belajar. Masih sempat untuk aku mencorak masa depan aku. Kalau ada rezeki, mungkin dapat kerja yang baik, dapatlah bantu keluarga. Dan jika ditakdirkan dapat kerja seperti mana aku kerja sekarang ni, jg disalahkan rezeki, aku harus erti syukur. (nangis) Penat kerja macam ni, gaji pun bukan cukup pun untuk bayar sewa rumah, nak bayar bil2, kereta, makan lagi. Nak kawen? Lagi la susah dengan gaji yang menciput mcm ni.
  • Aku harus lebih kuat. Sedangkan adik2 aku yg lain pun leh gi keje, walaupun misi dorang untuk bersuka2, tapi dorang mampu untuk bekerja. hehehe, jatuh lah kredibiliti aku sebagai abang.. hehehe .
Ok lah, coretan aku akan bersambung di lain entri.

No comments:

Post a Comment

What do you think about this?