01 August, 2012

Artis Barat Hina Islam


Assalamualaikum bermaksud sejahtera ke atas diri kamu (peace be upon you), namun kesal nya tindakan penyanyi ini menyalahguna kan perkataan salam itu di dalam lagu milik beliau. Saya lansung tidak berminat untuk mengetahui latar belakang beliau, dan apa tujuan beliau menyanyi kan lagu sebegini. Namun jauh dilubuk hati saya mendoakan beliau mendapat hidayah dan petujuk dari Ilahi. Semoga terbuka pintu hati beliau ke jalan Islam yang benar.

Untuk makluman semua, saya telah pun membuat carian lirik lagu Beam Me Up nyanyian Nicki Minaj ini dah memang tidak disangkal lirik yang menghina kita menjadi sebahagian daripada lagu beliau.

Apa yang kita boleh buat?

Banyak langkah yang boleh kita ambil. Antaranya adalah membuang semua lagu-lagu milik Nicki Minaj jika anda merupakan peminat beliau. Paling dasyat nya kalau ada antara kita tampal poster2 wajah beliau. Adakah perlu dan wajar? Tidak sama sekali.

Langkah lain dengan mark sebagai kandungan tidak wajar di laman youtube.

click Flag as Inappropriate > Hateful or abusive content > Promote Hatred or Violence > Religion
Ya, saya juga tahu yang ucapan dan ungkapan 'Assalamualaikum' itu ada perkara biasa digunakan oleh warga Arab. Walaybagaimanapun, ia sinonim dengan umat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa ucapan rasmi Islam apabila muslim bertemu antara mereka adalah ‘salam’, namun Islam dalam masa yang sama tidak menghalang untuk kita mengucapkan ucapan yang lain yang tidak menyanggahi ajaran Islam. Salam adalah ucapan apabila kita bertemu ataupun memulakan bicara dengan seseorang. Namun ucapan perhormatan dan tahniah, membabitkan lebih banyak keadaan dan sempena yang pelbagai. Islam tidak melarangnya. Bahkan Islam memerintahkan kita menjawab setiap ucapan penghormatan (greeting) dengan yang lebih baik, ataupun setara dengannya. Ini seperti firman Allah: maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa: ayat 86).
baca lagi mengenai ucapan salam di SINI

p/s: lagu Nasyid kan ada, best jugak.

2 comments:

  1. Betul3....Orang Barat hari ini prejudis tentang Islam...sebab kejahatan media massa Barat ...tidak pernah orang Islam menghina Kristian dan agama lain...tetapi banyak orang Kristian dan agama lain menghina Islam

    ReplyDelete

What do you think about this?