25 October, 2012

Tanggungjawab dan Amanah

Alhamdulillah,

Sepanjang perjalanan dari bangku sekolah hingga kini, segala urusan ku dipermudahkan Allah S.W.T. Rasa syukur ini tidak dapat dizahirkan, malah rasa gagal untuk sentiasa berterima kasih kepada Nya. Mengapa? Semua nya berbalik kepada tanggungjawab dan amanah kita sebagai seorang Muslim.

Kini, telah pun masuk minggu kedua dalam program GEMS. Sekali lagi aku rasa amat bersyukur dan bertuah kerana dapat rakan sebilik yang baik. Bertuah juga sebab kami bertiga je, sedangkan orang lain berkongsi empat orang sebilik. Hehehe.

Furqan berasal dari Pahang dan merupakan graduan dari UUM. Beliau sering mengingatkan aku pada Allah dan kadangkala berkongsi kisah-kisah agama. Furqan ni suka tersenyum. Jadinya terus hilang stress bila penat kat dalam kelas modul GEMS. Muhammad Aizuddin berasal dari Kota Bharu dan merupakan graduan dari UiTM Shah Alam sentiasa memberi kata-kata menyuntik semangat bila rasa tertekan. Butir bicara beliau ada 'buah' yang mana orang lain tak dapat sangkal. Graduan undang-undang kan. Hehe.. Teringat dahulu hari pertama, risau dengan penerimaan orang lain. Namun sekarang, semua nya baik-baik sahaja. Dan kini, tanggungjawab dan amanah sebagai kawan baru mereka pun bermula.

Pada hari kedua program GEMS ini, aku dilantik menjadi CEO untuk syarikat angan-angan kami iaitu Creativart. Bermula dengan 18 orang ahli, kini ahli kumpulan kami dah melonjak ke 23 orang. Alhamdulillah juga, semua rakan-rakan Creativart baik-baik belaka. Berlatarkan pendidikan yang berbeza, kami mampu memberi pelbagai input untuk perkongsian bersama. Ada dari nursing, mekanikal, akauntasi, kewangan, pengurusan hotel, dan sebagainya. Mereka ini sebenarnya lebih layak utk dilantik sebagai CEO.

Tugas sebagai CEO ini agak sukar pada mulanya. Perlu ada 'eagle eyes' untuk nampak keseluruhan struktur, baru lah menjadi CEO yang bagus. Bagi aku, aku ada 'horse eyes' kot. Hanya nampak jalan kedepan saja. Haha.

Macam-macam perkara terjadi, yang kadangkala aku terlepas pandang. Dan yang terbaru, petang tadi dapat telefon dari pengurusan bertanyakan fasal ketidakhadiran seorang dari ahli kumpulan. Diam aku tak tahu nak cakap apa. Zassss, terlintas terus tanggungjawab dan amanah. Rasa gagal dan malu untuk jumpa semua orang.

Ini merupakan pengajaran buat diri ini. Supaya sentiasa bertindak pantas dan bijak dalam membuat keputusan. Kurangkan emosi, tingkat hasil yang produktif.

Er,,, sekian lah buat masa ni.

wasalam.

9 comments:

  1. Peranan Ketua terkadang terpaksa lupakah persahabatan. Semakin banyak pengalaman, semakin yakin kita dengan keputusan sendiri.

    Ada 2 jenis pemimpin seperti kamu pernah tanya
    1) Autokratik @
    2) Demokratik

    Semua tidak penting :)

    Yang penting. Objektif dan tujuan - sejauh mana seorang CEO mengunakan segala tenaga dan fikiran untuk mencapainya.

    Selamat Hari Raya Adil Adha.

    ReplyDelete
  2. Betul tu apa yg Mutallif cakap.... itu yg jadi serba salah sebenarnya.... Bila jadi ketua kita telah sedia untuk dibenci orang...ha...ha...
    Jadilah ketua yang dihormati oleh anak buah dan bukan digeruni oleh mereka....

    Apa pun cedok pengalaman yg ditimba dan praktiskan bila keje nanti.... Gud luck!

    ReplyDelete
  3. tanggunjawab dan amanah, aishh, mmg sgt payah nak dipukul. akan selalu rasa terbeban. jd sedayanya, kena selalu bersifat amanah dan berusaha utk menjadi cth yg terbaik buat yg mengikuti. tu ja...hehhe

    ReplyDelete
  4. Hai budak.... hu...hu.... mana entri terbaru! masuk le makan ke apa ke... mandi laut ke , kawasan situ ke ...

    ReplyDelete
  5. Pelik jugakkan.... ada penulisan skrip bagai.... Ni confirm salah course masuk kursus ni.....he..he...

    ReplyDelete
  6. lama tak datang cni... nak jadi pemimpin bukan mudah... sebab tu padangan mereka lain dari biasa.. kadang pengikut tak nampak tapi dia sebagai pemimpin nampak.. beban yang dipikul berat.. dah tentu tanggungjawab bukan saja dunia.. tapi hingga akhirat... semoga dipermudahkan... :D

    ReplyDelete
  7. He..he... dah habis kursus tu eh.... so keje mana sekarang? Ha... kalau dah dapat gaji tu jangan lupa bagi emak ayah...walau sikit berkat, belanja cikaro no 2 hehe...kalau belanja Okje tak pe!!! hehe... ni pesanan tau...

    ReplyDelete
  8. Singgah sini sebab jenguk entri lama dan terbaca komen...so singgah sat sini ...
    Apa khabar sekarang sejak dah pegang duit berkepul ni hehe

    ReplyDelete

What do you think about this?