29 July, 2012

Harimau Malaya Biru

Assalamualaikum,

Korang pernah dengar tak pasal Harimau Malaya (Malayan Tiger)? 

Bukan pasukan bola, tapi ini adalah keretapi buatan Jepun. Memang cantik dan sangat selesa jika dibandingkan dengan gerabak keretapi KTM sebelum ini. Sebenarnya, Malayan Tiger ni dihadiahkan oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia sebagai tanda persahabatan. Walaupun Malayan Tiger ini pada mula nya telah berkhidmat selama 30 tahun di Jepun, namun prestasi gerabak buatan negara matahari terbit ini masih dalam keadaan yang terbaik.

Orang Jepun suka naik keretapi ni. Ada yang panggil hotel bergerak.

Korang dah cuba naik ke?

Dah 4 tahun berulang-alik dari Segamat ke kampus ku di Kelantan. Perjalanan dengan keretapi mengambil masa dalam 10 jam. Sebelum ni, aku mmg selalu naik keretapi. Sebab utama nya adalah keselamatan dan keselesaan - dapat katil boleh tidur golek-golek. Dulu fobia nak naik bas. dah pakcik bas selalu bawak laju sangat, mmg cuak lah.

Tiket keretapi sama harga dgn tiket bas. Baik naik keretapi. Ada katil.

Lagi lah di Larkin (Johor Bahru) ada kes dimana penumpang nya di sembelih dalam bas! Cuak.

Berbalik pada cerita keretapi, korang pernah rasa keretapi rosak dalam perjalanan? Laluan utama nya kan dalam hutan, jadi mmg stress la. Keretapi jam ada masalah enjin. Bila enjin tak gerak mesti guna janakuasa tambahan utk elektrik (lampu2 dlm gerabak). Setengah jam lepas tu semua nya gelap, sebab kuasa dah habis. Hahaha. pengalaman yg sgt menakutkan.

Kenapa Malayan Tiger?

Oleh kerana perkhidmatan keretapi ini hanya di kawasan pantai timur meliputi kelantan dan pahang di mana banyak nya habitat harimau, jadi nama ini agak sinonim dengan selera tempatan.

Tambahan lagi, semua papan tanda dan arahan masih dikekal kan dalam bahasa Jepun. Mmg terasa suasana di Jepun bila naik Malayan Tiger ni =)

Ok lah, nak bg sedikit trivia pasal Malayan Tiger ni.

Nama Asal : Fuji-Hayabusa Sleeper Train
Nama lain : Blue Coach
Tahun dibina : 1958
Kegunaan asal : Keretapi malam dari Tokyo ke Kuamoto di bawah selian Japan Railway of Kyushu 
Sebab bagi kat Malaysia : Permintaan kepada keretapi malam makin berkurangan kerana negara Jepun dah ada bullet train dan kapal terbang yg lebih menjimatkan masa penumpang. Malaysia dapat 14 gerabak shj. Indonesia dapat 70 gerabak manakala Thailand dapat 126 gerabak.
Kos : Percuma, cuma tanggung kos logistik sahaja.

harta sepanjang pengajian ku

arahan dalam tulisan Jepun



Blue coach

di Gua Musang

Macam hotel kan?

katil atas

katil bawah, selesa!

ruang letak barang kat atas, sgt luas

tangga naik katil atas, boleh buka tutup

tak la terlalu kecil

nombor katil

meja sisi, boleh la makan2



11 comments:

  1. yeke kat larkin ada yg kena sembelih ? Err

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa Fida tak tahu ke? penumpang kerusi belakang tetibe je sembelih secara random penumpang kat depan dia.

      kes ni dah lama.

      Delete
  2. Ohhoho..tak pernah naik keretapi mcm ni...lagi2 duduk sarawak, lagilah tak ade

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 2010 dulu pernah sertai satu program jelajah sarawak.. 2 minggu travel explore sarawak .. lagi best kat sarawak =) .. mcm2 boleh tengok ..

      ada family angkat org Iban di kapit.. 3 jam naik bot express .. ade air-cond la bot tu .. ade tv lagi..

      akhir travel di Miri,, ade family angkat org Penan,, nice place.

      Delete
  3. belum pernah naik kete api.. kalau komunter, lrt biasa lah.. hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak yg tak pernah nek komuter dan LRT,, nk kene cuba ni

      Delete
  4. klau travel kedah-kl pnah laa sy naik ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL - kedah ada Malayan Tiger juga?

      Delete
  5. ye, topup dah dapat.. thanks.. :)

    erk, best juga tu, hotel bergerak..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah naik ketapi....he..he.... mesti best agaknya kan!!!

    ReplyDelete

What do you think about this?