09 October, 2012

Bersama Keluarga Penan

Berdiri dari kiri : Faris (UPNM), NgZi (UTM), ikhwan dan Kesavan (UTM)

Ni gambar lama, saja nak kongsi.

Kampung Ugos ni kat area pedalaman Miri, dalam dua jam dari bandar Miri. Masa terpilih untuk jadi anak angkat family ni agak teruja jugak sbb kitorang lah paling ramai - 4 orang sekali satu family.

Keluarga ni merupakan kaum Penan dan beragama Kristian. Namun faktor-faktor ini bukan penghalang bagi kitorang untuk terus berkomunikasi. Saya kagum dengan toleransi yang diberikan oleh keluarga ini. Meraka sangat teruja dengan kehadiran kami ke kampung mereka.

Mesti ramai nak tahu macam mana orang Penang ni. Ok, rumah keluarga angkat saya ni sangat luas - seluas rumah semi-D dua tingkat. Kereta? Bersusun teratur 5 buah Hilux. Mereka merupakan pengusaha ladang kelapa sawit.

Aktiviti waktu petang tu, kami pergi mandi kolam di bendang padi. Naik Hilux turun naik bukit, memang adventure! Kolam bendang tu agak luas jugak, saiz biasa bagi kolam renang yang kita pernah pegi tu. Yang kelakar nya kantoi lah semua budak-budak semenanjung tak pandai berenang. hahaha.

Dan sekadar nak beritahu, masyarakat Penan di kampung ini hidup dalam suasana harmoni. Ini kerana Penan Muslim dan Penan Kristian sama-sama berkongsi kampung. Tiada kacau bilau dan masalah.

Dan agak-agak nya bila media kita nak kongsikan cara hidup masyarakat Sarawak yang aman damai ni. Kalau mereka boleh hidup secara harmoni tanpa kira agama dan kaum, pasti kita kat semenanjung ni pun boleh jugak.

p/s: Program ni ambil masa 2 minggu. Alhamdulillah, peluang jelajah sarawak dari Kuching sampai ke Miri. Semua bahagian sarawak saya dah pergi. Hehehe, fully sponsored by my beloved university.

4 comments:

  1. Abiwan....patutlah suka duk sana ...ada anak dara 2 org tu...he...he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawawawa ... #2 ..
      layanan pun best,, hehe

      Delete
  2. fuhhhh pengalaman besttt nih..jrg org dpt pengalaman cenggini..menarik.

    ReplyDelete

What do you think about this?