06 October, 2012

Sebulan Berkonvo Berlalu

Alhamdulillah,

Akhirnya, selesai dua modul untuk aku jadi perancang kewangan. Ada lagi 5 modul yang bakal menelas kos rm600 untuk satu modul. Insha'Allah, ada rezeki akan disempurnakan modul ini untuk jadi perancang kewangan berdaftar.

Dalam masa ini juga, aku ditawarkan latihan oleh Khazanah Nasional Berhad dalam program mereka iaitu Graduate Employability Management Scheme "GEMS" bertempat di Cherating. Program GEMS ada dua bahagian. Bahagian pertama untuk dua bulan dan latihan kemahiran eksekutif bakal diterapkan. Elaun juga sebanyak RM500 sebulan diberikan. Bahagian kedua pula selama 6 bulan. Pada masa itu, aku mungkin akan diserapkan ke mana syarikat GLC untuk on-site training. Elaun adalah RM1,000. Teruja juga, boleh la merasa jadi student sekali lagi.

Berharap sangat untuk lulus temuduga penolong pegawai tadbir haritu. Al-maklum lah, mohon kerja di institusi pengajian tinggi ni bukan calang-calang calon. Keputusan temuduga mungkin akan keluar pada awal November ni. Jika tertulis tiada rezeki, akan diteruskan GEMS untuk bahagian kedua.

Sambil-sambil itu, aku dah pun memohon untuk 'management-trainee' untuk bekerja di bank. Elaun untuk trainee boleh tahan jugak. Rambang mata tak tahu nak yang mana satu.

Semoga dapat merancang masa depan dgn baik. Doakan ye. =)

Wasalam.

1 comment:

  1. Em..... setelah lama menghilang..... akhirnya....he...he... kulit pun dah lain nampak...... OKje nampak semangat baru tu..... bagus...bagus... ada harapan menjadi executive yg berjaya....

    Jangan lupa sembahyang hajat mintak dimudahkan mendapat sebarang pekerjaan... itu salah satu usaha untuk bertawakkal namanya... oklah semoga berjaya!

    ReplyDelete

What do you think about this?