16 July, 2012

Perlu Blog Peribadi (?)



Terfikir juga bagaimanakah seorang penulis blog peribadi mahupun penulis professional mampu meluah dan menggarapkan seribu macam idea dan gaya dalam penulisan mereka? Setelah membuat pelbagai kajian 
1 jam pencarian dengan bantuan Google search
, pelbagai jenis artikel dan jurnal serta beberapa tip yang telah saya perolehi, ingin saya kongsikan mengapa perlu ada blog peribadi.

1. Sebuah blog peribadi boleh batu asas  (platform) bagi anda dan saya untuk mendapat banyak idea serta keunikan yang tersendiri.
Ada banyak idea yang boleh ditulis dari pelbagai aspek seperti pelajaran, gaya hidup, isu semasa dan sebagainya. Pernah kan kita membeli surat khabar? Surat khabar mempunyai pelbagai sisipan yang menarik dan mungkin anda boleh mendapat idea untuk blog pertama anda.
Tambahan pula, proses menulis ini merupakan satu latihan kepada anda. Mungkin antara kalian terperasan, gaya penulisan saya banyak menggunakan nombor dalam perenggan-perenggan. Hal ini demi memudahkan para pembaca dan juga saya untuk mencari poin penting dalam penulisan ini.
Seperti zaman persekolahan dahulu, ingat kah kita bahawa kita mampu menulis 2-3 buah karangan dalam seminggu. Mengapa tidak sekarang? Pasti nya kita mampu mengarang lebih banyak karangan berdasarkan factor pengalaman, umur dan ilmu.
2. Blog peribadi memberikan anda dan juga saya tempat untuk meluahkan pandangan dan kebebasan bersuara secara positif dan konstruktif.
Malaysia khususnya mempunyai pelbagai saluran bagi rakyatnya untuk membuat aduan atau menyampaikan pandangan mereka. Salah satu darinya adalah dengan bertulis. Blog peribadi boleh menjadi satu tapak bagi anda untuk memberikan pandangan atau apa-apa sahaja. Namun diingatkan, bahawa penulisan anda haruslah berimej baik, matang dan membina. Semoga setiap pembaca mendapat manfaat daripada penulisan kita.
Teringat waktu di zaman kampus 
walhal baru enam minggu habis degree, rasa macam dah tua sangat pulak kan. Haha! 
Beberapa orang rakan dan saya mempunyai masalah kelewatan pembayaran pinjaman PTPTN. Inisiatif yang diambil oleh saya adalah dengan menghantar satu aduan kepada Biro Aduan Awam Malaysia. Tindakan biro ini amat cekap dan pantas, mereka terus menghantar satu e-mel kepada saya menyatakan isu tersebut dalam proses penyiasatan. Selang beberapa hari kemudian, pegawai PTPTN yang berkenaan telah menghubungi saya dan rakan-rakan lain mengenai permasalahan yang dihadapi dan memberikan satu tarikh pasti isu tersebut dapat diselesaikan. Begitu mudah. Tiada pertengkaran mahupun apa pun. Adalah sangat penting menyampaikan sesuatu itu dalam keadaan yang matang, nyatakan permasalahan yang jelas serta tindakan yang boleh disarankan untuk kelancaran cara kerja.
3. Blog peribadi membantu anda dan saya  memahami pengertian blog. Ia juga mengasah bakat penulisan. Bak kata pepatah Melayu “belakang parang diasah lagikan tajam”.
Perkara yang besar mengenai blog yang pertama bagi saya adalah bahawa ia memberikan saya rasa teknologi dan budaya blog. Saya amat kagum dengan aspek teknikal blog pada hari-hari awal dan agak merasa takut untuk meletakkan idea saya di web. Saya juga keliru tentang bagaimana untuk mencari pembaca dan berinteraksi dengan mereka.
Mula dengan mewujudkan blog adalah cara terbaik untuk belajar tentang blog – sehingga anda mengalami proses menerbitkan pos dan mempunyai orang membaca dan berinteraksi dengan anda yang baru belajar berblogging.
Perkara yang menarik mengenai pembelajaran semua ini  adalah harapan kita tidaklah tinggi sebagaimana harapan orang yang membina blog profesional. Kita mahu belajar, itu yang penting. Bukan duit dengan pelbagai iklan, dengan pelbagai pautan-pautan kepada laman sesawang luar dan sebagainya.
p/s: Adakah blog peribadi untuk semua orang?
Saya tidak juga tidak pasti bahawa semua orang harus mempunyai blog peribadi untuk membantu mereka melancarkan blog baru mereka. Bagi saya ia adalah membantu tetapi sesetengah penulis blog adalah lebih bersedia untuk melancarkan ke dalam blog memberi tumpuan khusus tanpa melalui proses itu.
Walau bagaimanapun jika anda yakin bahawa anda mahu blog tetapi tidak tahu apakah topik untuk memberi tumpuan di atas maka sebuah blog peribadi mungkin menjadi satu langkah ke hadapan untuk membantu anda mencari suara anda, mengenal pasti topik dan mempelajari selok-belok blog sendiri.

2 comments:

  1. ha entry ni pn nice juge ye..just happy blogging!Cendol follow sini ye

    ReplyDelete

What do you think about this?