12 October, 2012

Bersama Kawan Baru

Masa ni melarikan diri dari program yang dibuat di Universiti Putra Malaysia mengenai Kelestarian Politik Malaysia. Program ni berlangsung selama 3 hari, dan 3 hari lah saya 'melarikan' diri ikut member2 baru kenal seminggu dua ni ...

Macam mana boleh kenal? Seminggu yang lepas jumpa diorang2 ni di program Asian Solidarity Economy Forum 2012 (ASEF '12). Topik? Perbincangan hangat mengenai ekonomi lah.. Mengantuk kejap.

Berlatar belakang bendera Afghanistan.
Tamim, Rabani, Obaid, Hamid dan ramai lagi kawan2 baru yang saya kenal sepanjang menjadi pelarian di negara sendiri. Saje je nak melawak. Kihkihkih.

Sekadar perkongsian, mereka berasal dari Afghanistan dan merupakan pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia. Lokasi nya adalah bandar Puchong.

Tengok lah, makan pun berkongsi pinggan besar.
Ini lah yang boleh merapatkan silaturahim antara keluarga,
antara kawan.  Betul tak?
Mereka sangat menghargai dan memuliakan tetamu. Naik segan pun ada. Tak tahu nak terangkan macam mana layanan mereka, tapi sememang nya sangat sangat baik. Boleh dikatakan anda dilayan macam VIP lah. Sampai tahap nak gi mandi pun semua mereka sediakan, dari baju, tuala, ubat gigi, sabun dan sebagainya.

Mana nak cari tuan rumah sebaik mereka? Kalau kita tanya diri sendiri, ada tak rakan senegara yang buat mcm ni? Lebih afdal lagi, ada tak KITA sendiri melakukan perkara macam ni?

Kan tetamu ini penghapus dosa-dosa kecil. Seeloknya, tetamu yang datang dilayan dengan sebaik nya. Dapat pahala buat tuan rumah =)

Sekarang ni kebanyakan dari mereka sudah pun tamat pengajian dan pulang ke negara masing-masing. Buat masa ni, hanya chatting di facebook bertanya khabar. Semoga berjumpa lagi. Ada rezeki nak pergi sana lah jugak. hehe. Insha'Allah.


p/s: buat kak OkJe yang post makanan, saya mungkin suka post gambar saya tengah makan.. hehehhe,, mane la saya tak montel ni kak,,

p/ss: ayat yang tak akan dilupakan, "once you hold my hand, I won't let go"

5 comments:

  1. Amboi Abiwan.... kalau bab makannn..... he..he... samalah kita....he...he... OKje semua belasah...

    Baguslah Abiwan.... senang nak gi Afghanistan...dah ada kawan!! ha...ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nak cakap, nama makanan dorang tu Dampukh .. semacam nasi beriani kukus kot. hehe

      Delete
    2. Diaorang ni nasi beriani tak tinggalkan....

      Delete
  2. dekat morocco klu tak silap di panggil Kuskus...serius

    ReplyDelete

What do you think about this?